Friday, May 15, 2009

Kursus Bestari.... Tamat


Akhirnya kursus Bestari ini tamat juga. Rasanya macam sekelip mata sahaja 4 minggu berlalu. masih teringat saat mula-mula mendaftar dahulu. masa mula-mula berkenalan ngan semua peserta kursus.... makin lama makin mesra... dan bila kemesraan da bertaut kukuh.. perpisahan terjadi... huhuuu


macam-macam perkara yang telah dipelajari.... tak sabar nak aplikasikan di sekolah nanti. sebut tentang sekolah... rindu betul nak kembali ke pangkuan murid-murid.... 2 minggu je kemudian cuti sekolah pulak.. hehehee....


Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari ibu.... mama...


Hari ibu menjelang lagi.... hari untuk anak menyatakan kasih sayang dan penghormatan kepada ibu. sepatutnya ianya mesti diekspresskan sepanjang masa, namun hari ibu menjadi simbolik penghargaan yang tidak terhingga kepada wanita yang bergelar ibu...

Sememangnya saya menyayangi ibu saya. sayang sesungguh-sungguhnya. mama sentiasa yang pertama setiap kali mahu melakukan apa-apa perkara. dan memang itu yang sepatutnya.. kerana ibulah kita berada di tempat kita sekarang.

Kekadang saya melihat sahabat-sahabat, saudara-mara dan orang-orang sekeliling, begitu jelas menunjukkan rasa sayang mereka kepada ibu masing-masing. pelukan, ciuman yang tidak putus, tanda kemesraan. namun, itu bukan budaya keluarga kami. cukupla rasa hormat dengan mencium tangan. sejak kanak-kanak, tidak pernah teringat pun kala ibu dan ayah saya mencium atau memeluk kami adik beradik.... waktu bayi barangkali, tapi masih belum lekat di memori. jadi sehingga sekarang, kami sendiri tidak biasa untuk berpelukan dan berciuman...

namun itu bukan maknanya mama saya tidak sayangkan saya. juga bukan bermakna saya tidak sayangkan mama saya. bagi kami,cukuplah masing-masing tahu yang masing-masing menyayangi diri masing-masing. tidak perlulah ditunjukkan pada khayalak. yang penting keikhlasan hati

jadi untuk mama.. selamat hari ibu. kami semua sayang mama. terima kasih untuk kehidupan kami ini.... moga Allah terus merahmati mama.


Mama selalu merungut, susah nak bersihkan dapur yang berminyak. So sempena hari ibu ni, kami adik beradik hadiahkan mama hud dapur ni. Mama masih di rumah saudara untuk kerja kenduri. nanti bila mama balik... suprise!!!!


harap mama gembira dengan hadiah tak seberapa kami ini. Sayang mama

Friday, May 8, 2009

Takkan melupakanmu

Saya menonton rancangan Celebrity Karaoke di NTV7 sebentar tadi. sebagai penutup, peserta menyanyikan lagu Takkan Melupakanmu dari Radja.... mmmm.. satu lagu yg sangat indah.. serta merta membangkitkan memori.... seseorang pernah menujukan lagu ini kepada saya mmmm sekitar tahun 2005, lama dah.....

sekarang.... da lost contact pun dgn dia.... last intouch pun rasanya januari tahun lepas... itupun setelah berapa lama tak berhubung....

Soalan saya? adakah anda masih tidak melupakan saya?

Monday, May 4, 2009

Layang-layang


Seorang sahabat menghubungi saya menceritakan masalahnya dengan sahabatnya. Katanya sahabatnya itu dah mula menjauhkan diri daripadanya walaupun macam2 dah dia buat untuk menarik perhatian dia....

nasihat saya.....

Satu perhubungan itu umpama permainan layang-layang.... untuk mengekalkan layang2 terapung di udara, ada kalanya kita perlu menarik talinya, ada kalanya kita perlu melepaskan talinya.... kalau tali cuma ditarik, layang-layang akan tegang dan putus.... kalau tali sering dilepas, layang-layang akan kendur...menjauh... dan jatuh di kampung seberang....

begitu juga dengan satu perhubungan.... jika kita terlalu mendesak untuk perhubungan itu berjaya.. maka seperti layang-layang yang tegang, akan terputus dan melayang jauh ke bumi... jika kita terlalu rileks dan berserah, seperti layang-layang yang kendur, perhubungan semakin menjauh dan jauh... dan akhirnya hilang....

jadi terserahla kepada anda.... tentukan la masa yang sesuai untuk menarik tali layang-layang.... pastikan juga masa untuk melepas tali layang-layang itu... harap layang-layang perhubungan anda akan terus terapung megah di angkasa

Sunday, May 3, 2009

Pengenalan...


Kebetulan, saya mengikuti kursus Bestari di IPG Kampus Bahasa Melayu. Dan salah satu modulnya ialah menghasilkan blog. Memang sepatutnya saya dah lama terdedah dengan dunia blog memblog ni. Cumanya saya dah ada Fotopages saya sejak 2005 lagi. Jadi rasa sayang pulak nak berpindah ke blogspot ke, blogdrive ke, wordpress ke... apa-apa la. Tapi disebabkan modul dalam kursus, maka terhasil la blog yang tak seberapa ni.

Sudah masuk minggu ke 3 berkursus ni. Quite interesting. banyak benda baru yg diajar. dan banyak benda lama yang digilap. boleh la diaplikasikan masa mengajar nanti. hehe...

Cuma fikiran tu agak risau mengenangkan kelas yang ditinggalkan. memang saya sempat tinggalkan tugasan bagi murid-murid. namun sebulan saya tak berdepan dengan mereka. perancangan tahunan saya mmg agak lari sekarang. paling merungsingkan fikiran ialah karnival sukan prasekolah minggu depan. saya tak dapat nak membawa murid ke stadium, malah tak sempat pun melatih mereka. semua saya serahkan pada pembantu. walaupun dia menurut, tapi saya tahu dalam hati pasti penuh keluh kesah.

Tak tahu la sampai bila blog ini akan wujud. Pembaca saya sudah terbiasa ke Fotopages. tengoklah nanti. mana yang selesa. tak salah pun update kedua-dua sekali. kalau ada masa la.

terima kasih kerana membaca.....