Sunday, May 3, 2009

Pengenalan...


Kebetulan, saya mengikuti kursus Bestari di IPG Kampus Bahasa Melayu. Dan salah satu modulnya ialah menghasilkan blog. Memang sepatutnya saya dah lama terdedah dengan dunia blog memblog ni. Cumanya saya dah ada Fotopages saya sejak 2005 lagi. Jadi rasa sayang pulak nak berpindah ke blogspot ke, blogdrive ke, wordpress ke... apa-apa la. Tapi disebabkan modul dalam kursus, maka terhasil la blog yang tak seberapa ni.

Sudah masuk minggu ke 3 berkursus ni. Quite interesting. banyak benda baru yg diajar. dan banyak benda lama yang digilap. boleh la diaplikasikan masa mengajar nanti. hehe...

Cuma fikiran tu agak risau mengenangkan kelas yang ditinggalkan. memang saya sempat tinggalkan tugasan bagi murid-murid. namun sebulan saya tak berdepan dengan mereka. perancangan tahunan saya mmg agak lari sekarang. paling merungsingkan fikiran ialah karnival sukan prasekolah minggu depan. saya tak dapat nak membawa murid ke stadium, malah tak sempat pun melatih mereka. semua saya serahkan pada pembantu. walaupun dia menurut, tapi saya tahu dalam hati pasti penuh keluh kesah.

Tak tahu la sampai bila blog ini akan wujud. Pembaca saya sudah terbiasa ke Fotopages. tengoklah nanti. mana yang selesa. tak salah pun update kedua-dua sekali. kalau ada masa la.

terima kasih kerana membaca.....

No comments:

Post a Comment