Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari ibu.... mama...


Hari ibu menjelang lagi.... hari untuk anak menyatakan kasih sayang dan penghormatan kepada ibu. sepatutnya ianya mesti diekspresskan sepanjang masa, namun hari ibu menjadi simbolik penghargaan yang tidak terhingga kepada wanita yang bergelar ibu...

Sememangnya saya menyayangi ibu saya. sayang sesungguh-sungguhnya. mama sentiasa yang pertama setiap kali mahu melakukan apa-apa perkara. dan memang itu yang sepatutnya.. kerana ibulah kita berada di tempat kita sekarang.

Kekadang saya melihat sahabat-sahabat, saudara-mara dan orang-orang sekeliling, begitu jelas menunjukkan rasa sayang mereka kepada ibu masing-masing. pelukan, ciuman yang tidak putus, tanda kemesraan. namun, itu bukan budaya keluarga kami. cukupla rasa hormat dengan mencium tangan. sejak kanak-kanak, tidak pernah teringat pun kala ibu dan ayah saya mencium atau memeluk kami adik beradik.... waktu bayi barangkali, tapi masih belum lekat di memori. jadi sehingga sekarang, kami sendiri tidak biasa untuk berpelukan dan berciuman...

namun itu bukan maknanya mama saya tidak sayangkan saya. juga bukan bermakna saya tidak sayangkan mama saya. bagi kami,cukuplah masing-masing tahu yang masing-masing menyayangi diri masing-masing. tidak perlulah ditunjukkan pada khayalak. yang penting keikhlasan hati

jadi untuk mama.. selamat hari ibu. kami semua sayang mama. terima kasih untuk kehidupan kami ini.... moga Allah terus merahmati mama.


Mama selalu merungut, susah nak bersihkan dapur yang berminyak. So sempena hari ibu ni, kami adik beradik hadiahkan mama hud dapur ni. Mama masih di rumah saudara untuk kerja kenduri. nanti bila mama balik... suprise!!!!


harap mama gembira dengan hadiah tak seberapa kami ini. Sayang mama

No comments:

Post a Comment